Friday, December 27, 2019

Kerja sendiri atau makan gaji???

Assalamualaikum, buat seluruh manusia y sentiasa menantikan ketukkanku sama ada dlm terang atau diam. Heee.. Apa khabar? Semoga kalian dlm keadaan baik walau sedang diuji Tuhan. Ingatlah setiap ujian itu dtg bersamanya rahmat. Maka sentiasalah bersangka baik pada Tuhanmu.

Baik, ketukanku kali ni bkn lah bersifat keagamaan. Sekadar menyampaikan mesej kebaikan pada kamu sekalian. Kurg2 ada juga jariah y ku tinggalkan. Ok. Berbalik pada tajuk di atas. Ini bknlah isu y sgt2 kronik utk diutarakan. Tp perkara ni sering menjadi topik perbincangan wanita.. lagi2 y sudah berkahwin. Ya lah siapa saja yang tak perlukan wang. Tapi bila difikirkan semula siapa pula yang tak mahu berkhidmat untuk keluarga yang baru dibina. Jadi ada sesetengah yang memilih alternatif utk berniaga sama ada dirumah atau y dekat sekitarnya..

Apa y ingin kuulas disini. Apa jua jenis kerja y dipilih. Kerjakanlah dgn ikhlas dan penuh dedikasi. Jgn terikut2 atau sekadar mahu cuba nasib. Ini kerana masa, wang dan tenaga yang disalurkan itu sgt berharga. Akan tetapi jika kita bandingkan peratusan risiko dan cabaran kerja. Dah pasti kerja sendiri yang akan mengungguli carta.

Masakan tidak, bila kerja sendiri, kita lah y harus mengatur langkah kerja, modal dan tenaga kerja. Kalau makan gaji da pasti kita sudah disediakan fail meja y perlu kita patuhi. X buat nnt kita sudah dikira menyalahi tatacara kerja. Oh ya, tidak ku lupakan juga, masa kerja juga sangat berlainan. Kalau makan gaji kita ditetapkan waktu bekerja. Tp kalau kerja sendiri kita lah y perlu pilih masa kerja kita. Sesuai pula dgn lokasi kerja. Kerana kalau makan gaji adakala tempat kerjanya jauh dr kediaman. Perlu pula difikirkan masa dan kos pengangkutan. Jadi sesuai lah kiranya kalian fikir sedalamnya kerja y macam mana mahu dipilih.

Akan tetapi, dua2 jenis kerja ini perlu pada persekitaran y kondusif. Dlm erti kata, apa pun kerja perlukan hubungan baik dgn kawan sekerja, upah kerja y setimpal dan juga adakalanya perlukan kerjasama y baik antara pengeluar dan pembekal. Kerana ini semua dpt membantu mengekalkan prestasi kerja y baik dlm mana2 sektor sekali pun.

Bagiku sendiri, pengalaman 5 tahun makan gaji dan 2 tahun bekerja sendiri adalah masih jauh dibandingkan dengan otai2. Aku masih lagi belajar membaiki cara kerja dan langkah2 berkesan utk mengoptimumkan hasil kerja. Tp ada juga masa aku seakan putus asa seketika. Maklumlah, hidup pun ada pasang surut apa lagi y bekerja ni kan.

Pada waktu itu, refleksi semula diri kita. Mngkin hubungan kita dgn Tuhan atau juga makhluk lain kurg baik. Jadi perbaikilah diri agar menjadi manusia y cemerlang di dunia dan akhirat. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha dgn semampu daya. Tp kalau sudah bkn rezeki kita, bersyukurlah kerana masih diberi kudrat untuk menjalankan tugas harian. Kerja apa pun jgn sampai meregangkan hubungan kita baik dgn mak ayah mahupun saudara sendiri. Apa lagi dgn pasangan hidup. Ya lah, kalau da sibuk kerja macam mana pula nak bahagikan masa dengan keluarga?

Jadi fikir2kan lah supaya kita tak kesal di kemudian hari. Ada org sanggup berjauhan a.k.a PJJ dek kerana sesuap nasi. Ada pula y walau serumah tapi siang dan malam keluar masuk. Seorg masuk seorg lagi keluar. Apa boleh buat? Kerja lain masa.

X apa lah. Ku doakan y bekerja dimurahkan rezeki. Y masih mencari kerja dimudahkan urusan pencarian. Walau apa pun kerja, berapa pun nilai upahnya, andalah yang terbaik.

Halimah Ismail mengetuk jam 0314, Tmn Lipat Kajang Perdana, Jasin

Monday, December 23, 2019

Kerana dia seorang ibu..

Assalamualaikum buat warga mayaku...

Kerana dia seorang ibu,
Yang tidak kenal erti jemu
Bertarung nyawa untuk melahirkanmu
Menyediakan segala yang terbaik untukmu
Biarpun hanya punya kudrat sekerat
Tak pernah terlihat letih dan keringat
Sekadar mendengar keluhan berat
Tentang betapa dirinya penat
Melayan suami anak dan umat
Walhal dirinya sudah tiada larat
Walau hanya untuk menyuap nasi ke mulut.

Kerana dia seorang ibu
Jangan ditanya kenapa begitu
Hari-harinya penuh selalu
Tetapi doanya sentiasa diseru
Meski ada suka dan duka 
Dia tidak lupa tugasnya
Kadang datang pula saudara
Tidak lupa dia menjamu mereka
Ada ketika kita terlupa
Dia juga manusia biasa
Kalau ada salah silapnya
Maafkanlah dia seadanya

Siapa pun dikau apa pun engkau
Hatinya jangan cuba kau kacau
Kerana dia seorang ibu
Katanya sumpah doanya bertuju
Ya Allah, limpahkanlah rahmatmu
Pada insan bernama ibu.. 

Halimah Ismail mengetuk jam 0053, kg bukit nangka

Tuesday, November 26, 2019

Kalam Sepi ver. 1

Salam alaikum buat jiwa yang membaca nukilanku. Masihkah ada insan yang tidak tidur lagi. Yaa.. aku juga begitu. Entah lah akhir2 ni sukar benar untuk aku lelapkan mata. Barangkali kerana aku suka membaca sebelum tidur. Byk betul berita yang aneh2 ku baca di akhbar sekarang. Kisah sumbang mahram, penderaan org tua dan kanak2, kecurian ada pula tu kisah politik y semakin membuatkan aku muak utk mengikutinya.

Asalnya aku baca kerana ingin tahu isu semasa. Alih2 aku terbawa2 pula ke dalam ingatanku. Umumnya tahu bukan, aku manusia y senang betul terpengaruh dngan keadaan sekilingku. Jadi x boleh tidak aku jadi x keruan memikirkan semua ni.

Aku ada juga terbaca kisah di akhbar yang bagiku sgt terkesan. Tajuknya ttg punca2 perceraian di Malaysia yang semakin meningkat. Kalau sekali imbas pasti kalian akan geli hati. Masakan tidak puncanya kerana tersalah picit bahagian ubat gigi sahaja. Allahu. Entah la kalau sudah benci tu y kecil pun nampak buruk ya. Bagi ku pula aku masih belajar utk perbaiki diri walaupun ada kalanya aku sedar aku x mampu capai tahap y memuaskan.

Dan aku sentiasa berpegang bahawa hidup ini bukan utk aku sahaja. Aku kena fikir perasaan org lain juga. Ye lah, kenapa perlu aku siksa mental dan emosi org lain. Kalau sudah aku tidak mencapai tahap memuaskan hati org ya biarlah aku yang angkat kaki. Tak guna bukan kalau disimpan dalam hati. Tapi itu bkn bmakna aku kalah. Aku cuma tak mahu keadaan jadi parah. Berdosa tau kalau aku kecewakan org.

Aku tak mahu jadi penghalang mana2 org utk kejar impian. Aku akur dgn semua yang telah Allah takdirkan. Adat lah manusia bertemu dan berpisah. Semuanya Allah dah aturkan. Mngkin ada baiknya aku muhasabah diri dan perbaiki kelemahanku. Tp utk aku kembali ke haluan yang sama makin jauh kurasa. Dunia ku mngkin x sehaluan tapi tujuan kita masih sama .

Terima kasih kerana membaca coretanku. Apa y ku ketuk ini dtgnya dari luhur hatiku. Aku tidak mengharap keajaiban tu hadir. Tapi cukuplah kamu semua percaya yang aku masih mahu hidup utk gapai harapan ku yang kecil ini. Tidak pernah aku mnyalahkan sesiapa cukuplah kau semua faham aku sdg cuba melawan dengan sisi gelapku. Tak ada siapa minta hidup dlm kesepian dan kesedihan. Aku sentiasa yakin Allah akan berikan yang terbaik utk hambanya. Cepat atau lambat itu y kita tak tahu.

Maafkan aku kalau selama hari ni coretan aku menyinggung mana2 pihak. Aku belum kalah cuma aku lelah dgn dunia. Aku berharap y aku dpt sumbangkan sesuatu utk agama, bangsa dan negara sebelum ajalku tiba.

 Janji Tuhan itu pasti,
Janji manusia tinggal janji;
Daku hidup bersama mimpi,
Mimpikan kamu seribu tahun lagi.

Tinggal sayang tinggal kenangan,
Tapi kenapa tak pergi-pergi,
Rupanya hatiku sudah terikat,
Pada kata-kata sayangmu pada ku

Burung berzikir di sangkar Raudhah, Menyambut azan di langit senja,
Walau apa pun jua derita,
Ikhlaskan diri hanya kerana Allah.


Halimah Ismail mengetuk jam 0045, Lipat Kajang, Jasin

Wednesday, September 25, 2019

Metropolitan itu duniaku

Salam alaikum semua.. Setelah berapa bulan melibatkan diri dengan kehidupan yang serba serbi sibuk. Maka aku mencuri masa ku yang x seberapa ini mngetuk sebentar. Apa y ingin ku ceritakan hari ni?? Heee.. tidak banyak. Sekadar berkongsi sedikit kisah suka duka ku di bndar metropolitan ini. Di entri lalu korg perasan x y aku mengetuk dari bndar Shah Alam kan?? Iya sebenarnya tanpa sedar sudah 5 tahun aku berada di kota ini menghabiskn sisa kehidupan di sini. Di sini aku belajar erti jerih payah hidup, sabar menghadapi kerenah manusia dan sentiasa berpaut pada Allah.

Sepertinya aku sahaja kah yang mengalami kesukaran ini? Sedangkan beribu2 manusia dtg mencuba nasib di bandar. Bknlah aku katakan kisahku lain dr y lain. Cumanya aku sekadar berkongsi suka duka perasaan yan kualami sepanjang aku berhijrah ke bandar.

Siapa je la y mahu berlama-lama disini. Aku juga menghitung hari mahu tggalkan kotaraya ni. Tp jujur ku katakan disini tempat sekecil-kecil perkara pun boleh buat duit. Dan aku sgt tak boleh hadam dgn manusia y ralit sampai ke pagi buta. Tidur tu ibarat pejam mata sekejap sebelum bgun esoknya utk mencari rezeki. Satu lagi y aku sering tertanya2. Dimana adab manusia disini. Memang disini penuh dengan aktiviti keagamaan tapi hanya sekadar ilmu yang melimpah. Orgnya ttap dgan prinsip hidup "kau-kau" "aku-aku"

Tak mengapalah. Aku kalah dengan dunia kota ni. Maka berangkat la aku pulang dengan hati walang. Aku seakan serik untuk berada disini. Sudah cukup aku berendam air mata memikir nasib menjadi anak rantau. Moga y masih disini kudoakan agar kalian bahagia dan tenang menjalani hidup.

Cabaran tak pernah hilang. Tapi kita yang nak mengharungi ni belum tentu kuat untuk tempuh. Satu kali jatuh 3 kali kau cuba utk bangkit dan itulah y dapat kugambarkan betapa nekad aku berada disini. Lain org lain cara. Aku percaya tiada siapa yang mahu diri mereka menjadi mangsa kegelapan dunia.

Salam sayang dari insan yang tak punya apa2 di dunia ini


Halimah Ismail mengetuk jam 0012

Monday, July 15, 2019

M.A.L.U

Salam alaikum semua sahabat mayaku. Sama ada kalian wujud atau sekadar lalu sahaja. Sambutlah salam ikhlas dariku.

Haa.. ni tetiba nak mngetuk ni mesti ada bnda ko nak sharekan cik limah.. haa.. x adaa laa.. siyes xde.. aku just lalu nak tanya korg. Berapa dalam sifat malu korg dlm diri?? Eh2 aku ni sibuk plak nak jadi pita ukur. Sukahati la derg nak letak brp dlm. Semak pulak ko nak tanya2 ni..

Jgn la cmtu wei.. Kalau x nak jawab xpe kalau nak jawab pun boleh. Tp untuk aku sendiri boleh aku katakan kkdg aku juga rasa malu. Kdg2 main selamba aje. Hahah.. Ntah pape la ko niii.. ok aku akan rasa malu kalau nak minta dgn org x kenal. Dgn org y aku kenal selamba aje aku minta.

Haa tu kalau ngn manusia. Kalau dgn Allah cmne? Ko malu x? Kena la wei. Kena la ada adab. Tp malu biar bertempat tau. Kalau kita da buat salah jgn la malu minta maaf. Tp kalau ko selamba aje tu ko mmg x tahu malu.

Walaupun kita kenal dgn org sekeliling kita ttp kena ada rasa malu. Bkn la smpai ckp pun x nak. Tp malu tu sekadar menandakan hormat. Kita hormat org, org pun hormat kita. Kalau dgn Allah bila kita ada rasa malu nak minta doa pun kena mula dgn minta maaf dulu. Baru la kita teruskan dgn doa.

Cmtu la hidup bersyariat dan beradab. Sentiasa dlm aturan dan saling menghormati satu sama lain. Ni taip2 ni ko x rasa malu ke limah cerita kat org dunia ko??

Heee.. Malu mmg la malu.. tp kalau ko x cerita cmne ko nak kongsi pengalaman hidup ko. Dr situ kita blaja buang rasa malu dan berani menghadap manusia. Tp kalau aku buat perangai x elok mcm tergelak kuat2 ke. Kacau org tidur ke. Ni elok bagi penyepak je baru tahu malu.. hee.. 😆

Orait. Berhenti sat kat sini. Duniaku sedang memburuku.. Byeee jumpa lagi dunia dlm entri akan dtg..

Halimah Ismail mengetuk, Jam 1326, Bandar Anggerik.

Merajuk Ke Terpujuk Hati???

Salam alaikum semua.. Salam Subuh. Salam penuh kerahmatan dan kasih sayang. Berapa kalikah korg terasa sedih dan sayu dengan hal dunia? Hal akhirat pula? Kenapa pula kutanyakan soalan begini? Iya lah pd entri lalu baru aje kuceritakan kisah perjuangan aku. Tiba2 sedih plak kan. Oh no2 aku bkn meratapi kehidupan ku y lalu.

Sbgai manusia terkdg kita x lari dr terasa hati atau merajuk. Betul x? Maklumlah masing2 ada perasaan ada hati. Normal la kalau sehari suka sehari sedih sehari x de rasa langsung.. 😂

Tggal lagi cara nak mnghadap perangai ni jelah yang kena tahu. Kalau da tahu diri tu sejenis sensitif jgn la diajaknya bergurau sgt2. Kang sentap ko nangis plak. Plak tu y jenis sikit2 merajuk pi up status. Ni masalah juga. Cuba la bawak bincang face to face. Kata pun bincang blum tentu lagi setel tp jgn lak bincang lelama. Kesudah x setel2.. ahaa... Last sekali kalau sedih ssgt sampai merajuk minta lah kat Allah. Biar dia y tentukan y terbaik utk kita. Allah juga y Maha Tahu. Sabar ya hati jgn la sedih pilu kang hujan plak.. huuu.

Ok lah nak gerak dulu. Jap lagi nak mnghadap amanah Allah. Apa dia tu? Nntkan entri selanjutnya.. Halimah jgn nak cengeng sangat leh x? Cer la bawak2 bertenang. Ni x emo mcm org nak beranak plak dia yaa.. haa.. Byeee!!

Halimah Ismail mengetuk jam 0627, Shah Alam

Saturday, July 13, 2019

Life as an epileptic survivor..

Salam alaikum buat semua. Buat kesekian kalinya aku mengetuk lagi. Entah kenapa serasa ingin ku mencoret kisah kehidupanku lagi. Mngkin kerana semangt menulis kembali meresap dlm diriku setelah sekian lama kutinggalkan kerana beberapa perkara. Insha Allah bakal kurungkaikan dalam masa2 tertentu.

Kali ini bukan kisah kehidupanku sebagai pelajar tetapi kisah kehidupanku sebagai pesakit. Ya hidupku pernah diuji dengan penyakit. Ia bkn lah merbahaya seperti kanser. Akan tetapi ia boleh memakan diri jika tidak dirawat dengan betul. Jgn la cuak k. Alhamdulillah aku makin pulih dr penyakit ni. Biar ku ceritakan sebermula aku disahkan mengidap epilepsy atau bhs kita sawan.

Aku sering pitam di sekolah. Drpd sekolah rendah sampai sekolah menengah. Pitam tu membuatkan aku rebah di mana2. Tanpa signal dan sempat buat apa2 tau tau aku da tersungkur ke belakang. Tgah perhimpunan ke, jalan ke, buat kerja kat rumah pun kena. Jadi mak ayah aku sgt la risau. Jadi derg decide nak bawak aku jumpa pakar perubatan. Aku kurg ingat siapa y aku temui ttp aku jelas ingat y rawatan pemulihan aku bermula dengan rawatan pakar bersama Dr Abu Bakar bin Abd Rahman pakar neuro di Hospital Pantai Ayer Keroh. Mulanya aku takut nak pergi sbb aku mmg takut jarum tp lepas masuk ruang rawatan aku didiagnos menggunakan mesin ECG dan EEG dulu.

Cara baca result gelombang otak. Y merah2 tu la ada gegaran y menggigil2 tu

Aku kena pakai wayar y selirat ni nak tau bacaan gelombang otak

Selepas selesai dua ujian ni baru dr sahkan aku mengidap mild epilepsy. Puncanya salah satunya sbb aku kerap terhantuk. Jadi kawan2 hati2 ya bila berjalan. Terutama anak kecik. Jagalah keselamatan mereka supaya elakkan kecederaan dalaman seperti ini. Iya lah bila da sakit berapa byk kos yang kita kena sediakan untuk rawatan kan.

Sebenarnya ada satu lagi tanda y memang ketara pada pengidap epilepsy iaitu seizures atau bahasa muda menggigil. Ya aku akan menggigil sendiri tanpa ada apa2 rangsangan. Biasanya yang paling ketara pada tangan aku. Kalau y sawan peringkat teruk boleh menggigil sampai terhentak2 dan berbuih2 mulut tu kan. Tp korg jgn panik pi letak sudu la tangan la. Dia akan berhenti sendiri kau org cuma alihkan dia dan letak pada posisi rehat.

Dan ketika ini aku mengalami gangguan emosi teruk. Pelajaran aku terganggu sbb aku terlalu sukar menerima hakikat aku sakit. Dan aku plg terjejas waktu sekolah menengah. Sbb aku dlm proses dewasa. Jd bila kita makin dewasa kita lihat kita x normal mcm org lain kita akan ada satu perasaan benci pada org sekeliling, pada diri sendiri. Dan aku mengalami kemurungan juga. Aku selalu muram dan kerap menangis. Ada masa aku monolog dgn diri sendiri. Sbb aku rasa semua org tak fhm aku. Kdg2 bila aku rasa sedih sgt2 aku cuba pula nak cederakan diri. Tp Alhamdulillah aku x pernah lagi kelar diri ke gantung diri ke plg2 pun aku akan pukul diri sendiri atau hantuk kepala kat dinding. Bkn niat aku nak cederakan diri tp waktu ini aku selalu fikir buat mcm ni utk sedarkan diri aku. Aku nak badan aku alert y aku xnak sedih atau pun menangis.Dalam erti kata lain pada waktu aku sementah ini aku x faham dan tak tahu cara nak uruskan dan kawal diri yang sdg sakit.

Perubahan ketara y lain adalah aku mengalami pertambahan berat badan. Itu plg dahsyat sebab remaja kan tgh bersaing nak kurus n cantik. Tp aku x dpt peluang tu sbb aku mkn ubat. Ada dua ubat aku mkn. Dothep dan Epilim. Dothep ni boleh kata macam tranquilizer utk aku n Epilim ubat utk kurg kan epilepsy. Jadi even aku tgah serabut kusut aku x pernah putus ubat.


Ni Epilim ubat utk kurgkan sawan kaler purple
Dothep ni mcm ubat penenang. Ubat dia kaler merah 


Kemuncak aku berperang dgn penyakit aku adalah waktu hampir SPM. Ketika ini aku mula mencari identiti diri. Aku fikir siapa nak kawan dgn aku. Terima aku. Plg worst aku pikir y ada ke org nak kawen dgn org mcm aku. Betul wei time ni aku ada fasa penolakan. Aku betul2 x boleh terima org lelaki dlm hidup. Aku anti budak lelaki kat kelas n sekolah. Aku cuma kawan ngn girl aje kalau ada bdk lelaki y try nak dekat ngn aku. Lgsung aku tak layan. Plg ketara bila ada bdk lelaki y ejek aku sakit. Lagi aku benci org lelaki. Aku rasa derg semua sama jahat, menjengkelkan dan x guna. Tp aku x letak ni pada ayah or adik2 lelaki aku tau. Org luar aje. Tp pd sama aku teringin nak kawan dgn org luar. Jd apa aku buat ialah aku buat watak baru. Aku jd org lain. Bknlah tukar nama or rupa. Tp aku ubah karekter aku jd seorg y nmpk meyakinkan utk didekati. Padahal realiti aku bkn cmtu. Malahan aku pancing derg dgn guna ayat y aku ni sakit. Lg lah org kesian nak kawan dgn aku kan. Kat sini aku nmpak sgt y aku ada krisis identiti y kronik. Aku x gtau mak aku keadaan aku ni smpailah satu hari ada sorg lelaki y kawan dgn aku ni nak call rumah n mak aku angkat. Dr situ tbongkar cerita aku y sbnr. Tp mak aku x marah cuma dia tanya baik2 aku nak kawen ke nak blaja. Terkejut gak la aku. Mesti lah aku x nak kawen muda sbb aku belum sedia. Time ni lah mak aku sedarkan aku balik y aku da salah jalan.

Ok seterusnya aku blaja mcm mana nak bangkit dr kemurungan. Kalau korg perasan spjg aku sakit aku sentiasa dpt sokongan penuh dr mak dan ayah serta adik beradik. Walaupun kkdg aku rasa derg x support tp sebenarnya derg ni la y sentiasa ada waktu aku sakit dan sihat. Masa ni lukman nk mnginjak darjah 1. Umur 4 tahun dia pernah tgok mcm mana kakak dia struggle nak lepaskan diri dari tekanan jiwa. Tgah bawak kereta tetiba jerit kuat2. Terkejut adik aku tp dia x nangis dia tenangkan aku. Tgah buat kerja sekolah dgn dia tetiba aku pi hantuk kepala kat dinding ke cubit tgn ke. Tp dia x melatah dia just tggu aku sampai tenang. Sungguh aku katakan dia adalah manusia y aku kagum kerana melihat ragam manusia di usia muda dan langsung x terkesan. Alhamdulillah sehingga sekarang aku sentiasa mngagumi dia.

Baiklah. Byk gak aku menyimpang. Selepas SPM aku berbekalkan keputusan y lulus semua kertas ini ingin mnyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Alasannya aku nak majukan diri dan x nak duduk kat rumah. Walhal aku langsung xde idea nak blajar kursus apa semua. Even aku student sains tulen tp aku bkn lah pelajar harapan atau y terbaik. Sebelum aku buat keputusan nak masuk universiti mak aku ada mngajak aku rujuk dr bakar. Sbb kami nak tahu ada x peluang org mcm aku nak smbung blaja. Dan Allah Maha Besar Dr Bakar menyokong penuh keputusan aku.

Tp dia ada letakkan syarat. Aku kena clear dr epilepsy. Maka aku y brsemangat tinggi ni terus menghabiskan sesi rawatan sampai ke tahap drpd sesi terapi 3 minggu sekali ke sebulan sekali dan akhirnya 3 bln sekali. Plg membanggakan dos ubat2an ku juga berjaya dikurgkan sampai akhirnya aku diberitakan bahawa aku bebas Epilim selepas mkan selama 2 tahun. Tahukah korg itulah kebebasan berharga bg seorg pesakit. Bila ko x payah consume ubat. Tp Dothep aku on monitor aje. Kalau keadaan aku x stabil tiba2 aku boleh amik se dos. Syukur Alhamdulillah. Mak ayah semua org gembira.

Dan aku berjaya memulakan pengajian Diploma Pentadbiran Awam, UiTM Lendu pada Julai 2007. Sewaktu aku di sini lah aku memulakan kehidupan baru y lebih positif dan ceria. Bkn lah aku katakan sek men aku x bagus. Tp aku kan mentah lagi waktu ni. Jadi adillah kalau aku kata aku dlm proses pemulihan jd tentu saja waktu itu aku tercari2 cara utk memulihkan diri.

Baiklah semua, apa y ingin aku tekankan di sini. Apabila kita sakit ada beberapa tips y igin aku kongsikan.

1. Belajar utk memulihkan diri. Jumpa ramai org dan jgn segan berkongsi. Mak aku sendiri y buka peluang ni. Dia pernah sendiri daftarkan aku utk satu forum kesihatan berkaitan epilepsy. Dan aku pergi sendiri ke sana dan berkongsi dgn ramai lagi pesakit epilepsy lain mmg satu pengalaman berharga. Terima kasih mak. Love u dunia akhirat.

2. Jgn putus ubat. Makan la tanpa jemu. Walaupun x sedap. Mngantuk. Mnaikkan berat. Tp demi nak sihat tepikan lah semua tu kejap. Nnt ko da sihat ko melaram la balik.

3. Buat aktiviti y kita suka. Y ni mmg aku cadangkan sungguh2. Kalau ko mmg ada keinginan nak jln2 ke, nak hiking ke, maraton ke. Pergi la wei. Aku sendiri menggunakan trek sebagai langkah utk mngurangkan tekanan. Ya, aku x sedar rupanya aku da jadi pacer walaupun masih tahap newbies kan. X salah mencuba. Event pertama aku kena 10km tetiba. Tobat jap time tu tp usaha juga nak buat. Now Alhamdulillah da ok aku punya rhythm. Sapa x happy kan??

4. Sokongan org sekeliling sgt membantu kita y sakit utk sihat. Sebab kita selalu rasa rendah diri bila sakit. Jd dgn sokongan dan motivasi org rerdekat dan kawan2 barulah kita boleh ubah diri kita jadi lebih baik dari sebelum.


Akhir kata, jadilah manusia y ingin berubah kerana Allah dan sentiasalah memperbaiki kelemahan diri. Banyakkan mengadu dan meminta dgn Allah. Jgn takut kalau anda ada tekanan mental. Tp takutlah kalau kita hidup dlm kesedihan dan kemurungan. Penyakit tak akan hilang 100% drpd kita malah kesannya tetap ada dalam diri kita. Tetapi kita lah yang menentukan untuk masih berada di takuk lama atau ingin bangkit sebagai pejuang.

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat.


Halimah Ismail mengetuk jam 1208, Shah Alam

Pasca atau Siswazah? Bahagian 1

Salam alaikum buat semua.. Pasti kalian tertunggu hasil ketukanku lagi melalui entri sebelum ni. Ya.. Insha Allah pastinya aku cuba untuk memenuhi ruangan catitanku ini supaya kelak tersemat segala memori tentang duniaku di sini. Malah jika waktu itu sudah tiada lagi ruang untukku mengetuk. Maka inilah sahaja lembaran ingatan yang tersisa dalam memoriku untuk dijadikan kenangan sampai bila2.

Ok, enough dengan mukadimah ke berapa kali entah yang acah2 sayu tu kan. Walhal aku tgah memikirkan topik apa yang aku nak coretkan. Baik lah, kalau ikut dari garis masa sebelum ni banyak coretan kehidupan sebagai pelajar. Pasti korg tertanya2 kan apa jadi dgn masters aku tu? Sbb acapkali juga aku janji ingin berkongsi pengalaman ku spjg bergelar pelajar pasca siswazah..

Baik. Sepertimana yang lain aku seperti pelajar2 lain. Perkara pertama y perlu dititikberatkan bila menjadi pasca siswazah ialah kesungguhan dan niat kamu untk menyiapkan x kiralah masters ataupun PhD. Cuba bygkan kalau kamu apply tp x minat pun nak habiskan. Just ikut2 org ataupun sekadar nak dpt title.. kalian akan mendapati y brp byk pembaziran y telah kamu lakukan. Iya, aku berckp melalui pemerhatian dan pengalamanku. Mana tidaknya, sekali kau melangkah ke alam pasca siswazah seluruh komitmen perlu ditujukan untuk memastikan anda grad tepat pada masanya. Dan jika kau tidak bersungguh, maka kau telah mensia2kam umur, masa dan wang kerana ia adalah ttg usaha dan tenaga y perlu dilaburkan. Bkn lagi ttg sapa dpt pointer tertinggi brp kali anugerah dekan y kau bakal diperolehi. 

Jadi adil bukan jika aku mengatakan segalanya ttg niat dan tujuan mu memulakan kehidupan sbg pasca siswazah. Namun bkn pula niatku utk memomok2kan kalian dgn tanggapan bahawa masters n phd ni susah.. bkn semua org x habis malah ada y habis on time. Apa y cuba kusampaikan ini ialah jadilah manusia yang bijak dan berfikir dgn rasional sebelum ambil keputusan utk buat masters atau phd. Maka kalian tidak akan menyesal dikemudian hari. 

Haa, amacam?? Panas tak baca?? Hehehe.. ini baru bahagian satu. Insha Allah bahagian seterusnya akan kulanjutkan lagi. Doakan Halimah diberi hidayah dan taufik untuk terus mengetuk dan berkongsi tentang segala2 yang ada dlm hidupku.. Sekian..


Halimah Ismail mngetuk jam 0608, Shah Alam

Thursday, July 11, 2019

Sejarah mungkin berulang???

Salam alaikum duniaku...

Setelah sekian lama aku tidak mengetuk disini. Betapa aku rindukan tulisan2 ku. Rupanya lembaran duniaku semakin berdebu dan usang. Sungguh aku rindu untuk mencoret hasil perjalanan duniaku. Insha Allah akan ada semula catitan2 perjalanan kehidupanku di dunia ini.. 

Halimah mengetuk jam 0607, Shah Alam. 

P.s Kenapa lpas di Shah Alam baru nak ketuk semula?? Stay tune.. 😙