Monday, December 15, 2008

cuti2 y brmanfaat

owh ya... sbut pasal cuti.. skrg ni sume org mesti ngah abiskn waktu ngn something y bleh mngisi mase lapang... akupn x ktinggalan juga abeskan masa ngn wt keje2 y bfaedah.... cnthnye cam skang ni ngah mnaip... walaupon dh lame tk mnaip tp aku still x lupe bnda y aku dah biasa wt.... jd ape y korg dh wt time cuti ni? Alhamdulillah aku dpt gak amik pluang ni rapatkn ukhwah ngan sibling aku... even ade gak adegan tarik2 rambut ( maksud aku gaduh ler) tp itu ttap mnguatkn relation kitorg.... di kesempatn aku nk wish slamat mymbut aidiladha sambutlah dgn pnuh kikhlasan okmoga2 Allah akn mlihat amal ibadah kita... amin.... Disamping tu aku ttap busaha mningkatkn amal ibadahku walaupn kekadang aku ni suka gak mlambatkn waktu tp aku mesti busaha kuat untuk mningkatkn prestasi ibadah aku.... ish tak baik ckp mcm tu riak dah ni....
oklah aku rase lg byk taip lg byk benda nk kluar chow lu....

halimah ismail mngetuk jam4.39ptg... tmn kt tampin

Tuesday, November 4, 2008

OOOH.... exam around da corner

dalam bape arinie mmg aku gak sebuk mgn buku... sampai xde mase nk wat blog... but aku x pnah lupa kt benda ni... elok2 td bru abis jawab account (sebutnya acc-a-ount) y slalu wat aku pning... nk2 no dia dh main ribu2 tu y serabai skit.. tp alhamdulillah Allah permidahkan jugak jln untuk aku... terima kasih ya Allah...... so nilah jadual aku y pack dgan test sampai pnghujung november.... chaiyok halimah...
halimah mengetuk jam 2.04 ptg uitm....

Friday, October 24, 2008

terapi dalam solat... kajian ni kuar kat berita harian

gambar ni Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
so ape lg solat la... slalu la kita nak relaks g spa kan... so kita ubah le... dr pada kita mbazir duit baik kita buat benda y baik lagi berpahala... kan2
halimah mengetuk jam4.24 ptg uitm....

Thursday, October 23, 2008

seronok ke dapat d.L???

di time2 dkat nak final aku ada terpikir gak.... apa korang rasa bila dapat d.L hasil usaha korang selama ni... adakah ia bererti korang ni dah pandai atau adakah korang rasa dapat d.L ni y mbezakn korang ngan bdak lain (kira mcm dpt pangkat datukla) aku pon pernah gak dpt d.L tapi bg aku tu bkn y first... sbb aku tau ilmu tu y penting y aku nk guna sampai akhir hayat aku... itu prinsip pertam pada pandangan aku... tapi bila sampai kt uitm lain plak citernya... dapat d.L tu ibarat satu contest dan aku mesti brsaing utk dpt anugerah tu ngan member dlm kelas... jadi aku sebenarnya nak ilmu ke nak title???.... bila aku pikir balik agaknya niat aku ni dah terpesong kut... tu pasal aku ngapal lambat nangkap... niat dah salah la ni... jadi aku pn amik kesempatan ni nak betulkan niat belajar aku sbgi ibadah dan bukn nak d.L


so All The best to all my friend...... semoga dapat menjawab test ngan baik.... termasuk aku sendri.....

halimah mengetuk jam 5.38 petang uitm.....

Tuesday, October 21, 2008

ape korang nak buat?

hmm.... tngah duduk melepak lepas abis jawab test economy, aku terfikir..... ape korang nak buat kalau korang punya brg dicuri oleh makhluk Allah yang x dikenali.... adakah korang akn marah kt pencuri tu? atau korang akn senyum dan redha dengan apa yang berlaku atau korang nak suspect sesape..... aku ni....kalau nak ikutkan mmg marah y amat sgt... tp nk wat cemana benda dh jadik.... so, aku cuma doakn si pencuri tu dilembutkan hati agar x mncuri lg..... kalu nak marah pn x guna dh memang tabiat dia... jd kita kena bg galakkan kt dia & salah satu caranya dgn wt camni..... walaupn aku rase mcm nak terbalik dunia aku tp aku rase untung jugak.. at least doa aku makbul sbb aku teraniaya so... boleh lah aku doa supaya lulus exam ke... dapat murah rezeki ke..... bla....bla...bla...

oklah aku rase korg pn bleh nilai sndiri tndakan kita baik atau buruk..
chowlu....

halimah mengetuk jam 4.17petang uitm....

Thursday, October 16, 2008

bacalahhh sahabatku.....


hmmmm... buku ini aku jumpe time tngah mcari buku2 ntuk dibaca time kt umah.... sronok gak baca... library uitm ni mmg bagusla.... buku citer y pnuh motivasi mmg sedap dibaca.... buku ni ditulis oleh mohd zawawi yusoh dan siti hasnah hamzah.... keluaran PTS Millenia.... ia mngisahkan konflik bdk y malas semayang dan dgn kwan die y rajin semayang... so si member y alim ni pon cari idea cemana nak kiaskan solat tu ngn aktiviti idup bdk y malas ni... Alhamdulillah bdk ni pn dpt lah hidayah nk teruskan amalan y wajib ni.... buku ni leh jd peringatan kat aku sbb kadang2 aku pn x tfikir rasional Allah jadikan solat ni ibadah wajib... aku pn nak brusaha lbih kuat supaya aku boleh mjadi hambanya y tpilih... moga2 Allah makbulkan harapan aku... amin
halimah mengetuk jam11.10 pagi uitm.....

Wednesday, October 15, 2008

MY WORK... MY JOB....


selain dari jadi pelajar aku ni join gak aktiviti universiti... tu yang ari2 meeting... even penat but job must be done... amanah tu.... oklah aku takleh type bnyk.... keja menimbun laahh...
halimah mengetuk jam 4.15petang uitm

Tuesday, October 14, 2008

my lovely BENQ



hmmm.... inilah brg no2 yg paling aku syg... dah lama gak laaa... aku harap laptop ni akn kekal ngn aku sbb aku skang jd s/u kelab so aku mmg kna pakai benda ni... plg2 tidak time wat assignment aku pn leh jimat gak sebab benda ni dah byk bantu... Alhamdulillah nasib baik dpt ptptn jd kita gunaknlah ntuk kbaikn btul x???
halimah mengetuk jam 4.32 petang uitm..

Monday, October 13, 2008

suka tido x?

hmmm.... semua org memg tak leh lari dgn perkataan tido... tul x? binatang pn reti tido walaupun kita tngok mata dia tbukak.... oklah... kat sini ada cket info pasal tido y baik... aku amik contoh rasulullah sebab dia lah uswah hasanah y paling baik... kan2

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan
tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
"Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X."
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt
akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud
adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua
hutang piutang sebelum tidur."Bangun tidur boleh buka fail semula kalau
mahu." kih..kih...
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan :
*Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.

*Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

oklah itu saja y nak dikongsi semoga menjadi ingatan semua dan aku!!! dengar tu Halimah...

p/s (idea ni dtg lepas tidur qoilullah tadi haha....)

halimah mengetuk jam 1.34petang uitm

Thursday, October 9, 2008

Dr. Mizan jadi datuk??



wah.... dengar2 pengarah uitm melaka y disayangi student nak dpt pangkat datuk..... wa.... makin glamer la dr mizan.... papehal aku doakan dr mizan akan sentiasa sihat dan selalu ingat kat student dia... yelah makin busy dr skrg... tapi y paling penting dr memang best!!!

halimah mengetuk jam12.23 tngahari uitm

Wednesday, October 8, 2008

hari2 ada meeting....

adoiiii..... ari isnin ada meeting, ari selasa ada discussion..... ari nie.... meeting lagi.... alaa...pening lah.... next week ada byk test... lagi pening... biase tu jd student... nama pn blaja kenala struggle... btol tak halimah?? ceh.. tanya diri sendiri pulak... oklah... pasni ada speaking test plak.. chow la...

halimah mengetuk jam 1.27 ptg uitm

Tuesday, October 7, 2008

ooooh... sir idham


hmmm.... tadi ada kelas current issue.... tak sangka sir idham bagi soklan suwoh jawab.... dapat jawab skali dapat angpau raya... hepi jugaklah..... ha.... hepi2 pn next week ada test ngan dia... hope dapat jawab
halimah mengetuk jam 1.50 ptg uitm....

Monday, October 6, 2008

HaRi PeRmULaAN......

mmmmmhhh..... first time nak ada blog sendiri nak gak tau ape y owang dok sibuk wat blog sendiri.... hopelahhh blog ni akan berjaya menjadi titik permulaan ntuk aku mnaip....




halimah mengetuk: jam2.24 ptg uitm...