Kali ini bukan kisah kehidupanku sebagai pelajar tetapi kisah kehidupanku sebagai pesakit. Ya hidupku pernah diuji dengan penyakit. Ia bkn lah merbahaya seperti kanser. Akan tetapi ia boleh memakan diri jika tidak dirawat dengan betul. Jgn la cuak k. Alhamdulillah aku makin pulih dr penyakit ni. Biar ku ceritakan sebermula aku disahkan mengidap epilepsy atau bhs kita sawan.
Aku sering pitam di sekolah. Drpd sekolah rendah sampai sekolah menengah. Pitam tu membuatkan aku rebah di mana2. Tanpa signal dan sempat buat apa2 tau tau aku da tersungkur ke belakang. Tgah perhimpunan ke, jalan ke, buat kerja kat rumah pun kena. Jadi mak ayah aku sgt la risau. Jadi derg decide nak bawak aku jumpa pakar perubatan. Aku kurg ingat siapa y aku temui ttp aku jelas ingat y rawatan pemulihan aku bermula dengan rawatan pakar bersama Dr Abu Bakar bin Abd Rahman pakar neuro di Hospital Pantai Ayer Keroh. Mulanya aku takut nak pergi sbb aku mmg takut jarum tp lepas masuk ruang rawatan aku didiagnos menggunakan mesin ECG dan EEG dulu.
Cara baca result gelombang otak. Y merah2 tu la ada gegaran y menggigil2 tu
Aku kena pakai wayar y selirat ni nak tau bacaan gelombang otak
Selepas selesai dua ujian ni baru dr sahkan aku mengidap mild epilepsy. Puncanya salah satunya sbb aku kerap terhantuk. Jadi kawan2 hati2 ya bila berjalan. Terutama anak kecik. Jagalah keselamatan mereka supaya elakkan kecederaan dalaman seperti ini. Iya lah bila da sakit berapa byk kos yang kita kena sediakan untuk rawatan kan.
Sebenarnya ada satu lagi tanda y memang ketara pada pengidap epilepsy iaitu seizures atau bahasa muda menggigil. Ya aku akan menggigil sendiri tanpa ada apa2 rangsangan. Biasanya yang paling ketara pada tangan aku. Kalau y sawan peringkat teruk boleh menggigil sampai terhentak2 dan berbuih2 mulut tu kan. Tp korg jgn panik pi letak sudu la tangan la. Dia akan berhenti sendiri kau org cuma alihkan dia dan letak pada posisi rehat.
Dan ketika ini aku mengalami gangguan emosi teruk. Pelajaran aku terganggu sbb aku terlalu sukar menerima hakikat aku sakit. Dan aku plg terjejas waktu sekolah menengah. Sbb aku dlm proses dewasa. Jd bila kita makin dewasa kita lihat kita x normal mcm org lain kita akan ada satu perasaan benci pada org sekeliling, pada diri sendiri. Dan aku mengalami kemurungan juga. Aku selalu muram dan kerap menangis. Ada masa aku monolog dgn diri sendiri. Sbb aku rasa semua org tak fhm aku. Kdg2 bila aku rasa sedih sgt2 aku cuba pula nak cederakan diri. Tp Alhamdulillah aku x pernah lagi kelar diri ke gantung diri ke plg2 pun aku akan pukul diri sendiri atau hantuk kepala kat dinding. Bkn niat aku nak cederakan diri tp waktu ini aku selalu fikir buat mcm ni utk sedarkan diri aku. Aku nak badan aku alert y aku xnak sedih atau pun menangis.Dalam erti kata lain pada waktu aku sementah ini aku x faham dan tak tahu cara nak uruskan dan kawal diri yang sdg sakit.
Perubahan ketara y lain adalah aku mengalami pertambahan berat badan. Itu plg dahsyat sebab remaja kan tgh bersaing nak kurus n cantik. Tp aku x dpt peluang tu sbb aku mkn ubat. Ada dua ubat aku mkn. Dothep dan Epilim. Dothep ni boleh kata macam tranquilizer utk aku n Epilim ubat utk kurg kan epilepsy. Jadi even aku tgah serabut kusut aku x pernah putus ubat.
Ni Epilim ubat utk kurgkan sawan kaler purple
Dothep ni mcm ubat penenang. Ubat dia kaler merah
Kemuncak aku berperang dgn penyakit aku adalah waktu hampir SPM. Ketika ini aku mula mencari identiti diri. Aku fikir siapa nak kawan dgn aku. Terima aku. Plg worst aku pikir y ada ke org nak kawen dgn org mcm aku. Betul wei time ni aku ada fasa penolakan. Aku betul2 x boleh terima org lelaki dlm hidup. Aku anti budak lelaki kat kelas n sekolah. Aku cuma kawan ngn girl aje kalau ada bdk lelaki y try nak dekat ngn aku. Lgsung aku tak layan. Plg ketara bila ada bdk lelaki y ejek aku sakit. Lagi aku benci org lelaki. Aku rasa derg semua sama jahat, menjengkelkan dan x guna. Tp aku x letak ni pada ayah or adik2 lelaki aku tau. Org luar aje. Tp pd sama aku teringin nak kawan dgn org luar. Jd apa aku buat ialah aku buat watak baru. Aku jd org lain. Bknlah tukar nama or rupa. Tp aku ubah karekter aku jd seorg y nmpk meyakinkan utk didekati. Padahal realiti aku bkn cmtu. Malahan aku pancing derg dgn guna ayat y aku ni sakit. Lg lah org kesian nak kawan dgn aku kan. Kat sini aku nmpak sgt y aku ada krisis identiti y kronik. Aku x gtau mak aku keadaan aku ni smpailah satu hari ada sorg lelaki y kawan dgn aku ni nak call rumah n mak aku angkat. Dr situ tbongkar cerita aku y sbnr. Tp mak aku x marah cuma dia tanya baik2 aku nak kawen ke nak blaja. Terkejut gak la aku. Mesti lah aku x nak kawen muda sbb aku belum sedia. Time ni lah mak aku sedarkan aku balik y aku da salah jalan.
Ok seterusnya aku blaja mcm mana nak bangkit dr kemurungan. Kalau korg perasan spjg aku sakit aku sentiasa dpt sokongan penuh dr mak dan ayah serta adik beradik. Walaupun kkdg aku rasa derg x support tp sebenarnya derg ni la y sentiasa ada waktu aku sakit dan sihat. Masa ni lukman nk mnginjak darjah 1. Umur 4 tahun dia pernah tgok mcm mana kakak dia struggle nak lepaskan diri dari tekanan jiwa. Tgah bawak kereta tetiba jerit kuat2. Terkejut adik aku tp dia x nangis dia tenangkan aku. Tgah buat kerja sekolah dgn dia tetiba aku pi hantuk kepala kat dinding ke cubit tgn ke. Tp dia x melatah dia just tggu aku sampai tenang. Sungguh aku katakan dia adalah manusia y aku kagum kerana melihat ragam manusia di usia muda dan langsung x terkesan. Alhamdulillah sehingga sekarang aku sentiasa mngagumi dia.
Baiklah. Byk gak aku menyimpang. Selepas SPM aku berbekalkan keputusan y lulus semua kertas ini ingin mnyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Alasannya aku nak majukan diri dan x nak duduk kat rumah. Walhal aku langsung xde idea nak blajar kursus apa semua. Even aku student sains tulen tp aku bkn lah pelajar harapan atau y terbaik. Sebelum aku buat keputusan nak masuk universiti mak aku ada mngajak aku rujuk dr bakar. Sbb kami nak tahu ada x peluang org mcm aku nak smbung blaja. Dan Allah Maha Besar Dr Bakar menyokong penuh keputusan aku.
Tp dia ada letakkan syarat. Aku kena clear dr epilepsy. Maka aku y brsemangat tinggi ni terus menghabiskan sesi rawatan sampai ke tahap drpd sesi terapi 3 minggu sekali ke sebulan sekali dan akhirnya 3 bln sekali. Plg membanggakan dos ubat2an ku juga berjaya dikurgkan sampai akhirnya aku diberitakan bahawa aku bebas Epilim selepas mkan selama 2 tahun. Tahukah korg itulah kebebasan berharga bg seorg pesakit. Bila ko x payah consume ubat. Tp Dothep aku on monitor aje. Kalau keadaan aku x stabil tiba2 aku boleh amik se dos. Syukur Alhamdulillah. Mak ayah semua org gembira.
Dan aku berjaya memulakan pengajian Diploma Pentadbiran Awam, UiTM Lendu pada Julai 2007. Sewaktu aku di sini lah aku memulakan kehidupan baru y lebih positif dan ceria. Bkn lah aku katakan sek men aku x bagus. Tp aku kan mentah lagi waktu ni. Jadi adillah kalau aku kata aku dlm proses pemulihan jd tentu saja waktu itu aku tercari2 cara utk memulihkan diri.
Baiklah semua, apa y ingin aku tekankan di sini. Apabila kita sakit ada beberapa tips y igin aku kongsikan.
1. Belajar utk memulihkan diri. Jumpa ramai org dan jgn segan berkongsi. Mak aku sendiri y buka peluang ni. Dia pernah sendiri daftarkan aku utk satu forum kesihatan berkaitan epilepsy. Dan aku pergi sendiri ke sana dan berkongsi dgn ramai lagi pesakit epilepsy lain mmg satu pengalaman berharga. Terima kasih mak. Love u dunia akhirat.
2. Jgn putus ubat. Makan la tanpa jemu. Walaupun x sedap. Mngantuk. Mnaikkan berat. Tp demi nak sihat tepikan lah semua tu kejap. Nnt ko da sihat ko melaram la balik.
3. Buat aktiviti y kita suka. Y ni mmg aku cadangkan sungguh2. Kalau ko mmg ada keinginan nak jln2 ke, nak hiking ke, maraton ke. Pergi la wei. Aku sendiri menggunakan trek sebagai langkah utk mngurangkan tekanan. Ya, aku x sedar rupanya aku da jadi pacer walaupun masih tahap newbies kan. X salah mencuba. Event pertama aku kena 10km tetiba. Tobat jap time tu tp usaha juga nak buat. Now Alhamdulillah da ok aku punya rhythm. Sapa x happy kan??
4. Sokongan org sekeliling sgt membantu kita y sakit utk sihat. Sebab kita selalu rasa rendah diri bila sakit. Jd dgn sokongan dan motivasi org rerdekat dan kawan2 barulah kita boleh ubah diri kita jadi lebih baik dari sebelum.
Akhir kata, jadilah manusia y ingin berubah kerana Allah dan sentiasalah memperbaiki kelemahan diri. Banyakkan mengadu dan meminta dgn Allah. Jgn takut kalau anda ada tekanan mental. Tp takutlah kalau kita hidup dlm kesedihan dan kemurungan. Penyakit tak akan hilang 100% drpd kita malah kesannya tetap ada dalam diri kita. Tetapi kita lah yang menentukan untuk masih berada di takuk lama atau ingin bangkit sebagai pejuang.
Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Halimah Ismail mengetuk jam 1208, Shah Alam
No comments:
Post a Comment