Assalamualaikum, buat seluruh manusia y sentiasa menantikan ketukkanku sama ada dlm terang atau diam. Heee.. Apa khabar? Semoga kalian dlm keadaan baik walau sedang diuji Tuhan. Ingatlah setiap ujian itu dtg bersamanya rahmat. Maka sentiasalah bersangka baik pada Tuhanmu.
Baik, ketukanku kali ni bkn lah bersifat keagamaan. Sekadar menyampaikan mesej kebaikan pada kamu sekalian. Kurg2 ada juga jariah y ku tinggalkan. Ok. Berbalik pada tajuk di atas. Ini bknlah isu y sgt2 kronik utk diutarakan. Tp perkara ni sering menjadi topik perbincangan wanita.. lagi2 y sudah berkahwin. Ya lah siapa saja yang tak perlukan wang. Tapi bila difikirkan semula siapa pula yang tak mahu berkhidmat untuk keluarga yang baru dibina. Jadi ada sesetengah yang memilih alternatif utk berniaga sama ada dirumah atau y dekat sekitarnya..
Apa y ingin kuulas disini. Apa jua jenis kerja y dipilih. Kerjakanlah dgn ikhlas dan penuh dedikasi. Jgn terikut2 atau sekadar mahu cuba nasib. Ini kerana masa, wang dan tenaga yang disalurkan itu sgt berharga. Akan tetapi jika kita bandingkan peratusan risiko dan cabaran kerja. Dah pasti kerja sendiri yang akan mengungguli carta.
Masakan tidak, bila kerja sendiri, kita lah y harus mengatur langkah kerja, modal dan tenaga kerja. Kalau makan gaji da pasti kita sudah disediakan fail meja y perlu kita patuhi. X buat nnt kita sudah dikira menyalahi tatacara kerja. Oh ya, tidak ku lupakan juga, masa kerja juga sangat berlainan. Kalau makan gaji kita ditetapkan waktu bekerja. Tp kalau kerja sendiri kita lah y perlu pilih masa kerja kita. Sesuai pula dgn lokasi kerja. Kerana kalau makan gaji adakala tempat kerjanya jauh dr kediaman. Perlu pula difikirkan masa dan kos pengangkutan. Jadi sesuai lah kiranya kalian fikir sedalamnya kerja y macam mana mahu dipilih.
Akan tetapi, dua2 jenis kerja ini perlu pada persekitaran y kondusif. Dlm erti kata, apa pun kerja perlukan hubungan baik dgn kawan sekerja, upah kerja y setimpal dan juga adakalanya perlukan kerjasama y baik antara pengeluar dan pembekal. Kerana ini semua dpt membantu mengekalkan prestasi kerja y baik dlm mana2 sektor sekali pun.
Bagiku sendiri, pengalaman 5 tahun makan gaji dan 2 tahun bekerja sendiri adalah masih jauh dibandingkan dengan otai2. Aku masih lagi belajar membaiki cara kerja dan langkah2 berkesan utk mengoptimumkan hasil kerja. Tp ada juga masa aku seakan putus asa seketika. Maklumlah, hidup pun ada pasang surut apa lagi y bekerja ni kan.
Pada waktu itu, refleksi semula diri kita. Mngkin hubungan kita dgn Tuhan atau juga makhluk lain kurg baik. Jadi perbaikilah diri agar menjadi manusia y cemerlang di dunia dan akhirat. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha dgn semampu daya. Tp kalau sudah bkn rezeki kita, bersyukurlah kerana masih diberi kudrat untuk menjalankan tugas harian. Kerja apa pun jgn sampai meregangkan hubungan kita baik dgn mak ayah mahupun saudara sendiri. Apa lagi dgn pasangan hidup. Ya lah, kalau da sibuk kerja macam mana pula nak bahagikan masa dengan keluarga?
Jadi fikir2kan lah supaya kita tak kesal di kemudian hari. Ada org sanggup berjauhan a.k.a PJJ dek kerana sesuap nasi. Ada pula y walau serumah tapi siang dan malam keluar masuk. Seorg masuk seorg lagi keluar. Apa boleh buat? Kerja lain masa.
X apa lah. Ku doakan y bekerja dimurahkan rezeki. Y masih mencari kerja dimudahkan urusan pencarian. Walau apa pun kerja, berapa pun nilai upahnya, andalah yang terbaik.
Halimah Ismail mengetuk jam 0314, Tmn Lipat Kajang Perdana, Jasin
No comments:
Post a Comment