Ok, enough dengan mukadimah ke berapa kali entah yang acah2 sayu tu kan. Walhal aku tgah memikirkan topik apa yang aku nak coretkan. Baik lah, kalau ikut dari garis masa sebelum ni banyak coretan kehidupan sebagai pelajar. Pasti korg tertanya2 kan apa jadi dgn masters aku tu? Sbb acapkali juga aku janji ingin berkongsi pengalaman ku spjg bergelar pelajar pasca siswazah..
Baik. Sepertimana yang lain aku seperti pelajar2 lain. Perkara pertama y perlu dititikberatkan bila menjadi pasca siswazah ialah kesungguhan dan niat kamu untk menyiapkan x kiralah masters ataupun PhD. Cuba bygkan kalau kamu apply tp x minat pun nak habiskan. Just ikut2 org ataupun sekadar nak dpt title.. kalian akan mendapati y brp byk pembaziran y telah kamu lakukan. Iya, aku berckp melalui pemerhatian dan pengalamanku. Mana tidaknya, sekali kau melangkah ke alam pasca siswazah seluruh komitmen perlu ditujukan untuk memastikan anda grad tepat pada masanya. Dan jika kau tidak bersungguh, maka kau telah mensia2kam umur, masa dan wang kerana ia adalah ttg usaha dan tenaga y perlu dilaburkan. Bkn lagi ttg sapa dpt pointer tertinggi brp kali anugerah dekan y kau bakal diperolehi.
Jadi adil bukan jika aku mengatakan segalanya ttg niat dan tujuan mu memulakan kehidupan sbg pasca siswazah. Namun bkn pula niatku utk memomok2kan kalian dgn tanggapan bahawa masters n phd ni susah.. bkn semua org x habis malah ada y habis on time. Apa y cuba kusampaikan ini ialah jadilah manusia yang bijak dan berfikir dgn rasional sebelum ambil keputusan utk buat masters atau phd. Maka kalian tidak akan menyesal dikemudian hari.
Haa, amacam?? Panas tak baca?? Hehehe.. ini baru bahagian satu. Insha Allah bahagian seterusnya akan kulanjutkan lagi. Doakan Halimah diberi hidayah dan taufik untuk terus mengetuk dan berkongsi tentang segala2 yang ada dlm hidupku.. Sekian..
Halimah Ismail mngetuk jam 0608, Shah Alam
No comments:
Post a Comment