Kerana dia seorang ibu,
Yang tidak kenal erti jemu
Bertarung nyawa untuk melahirkanmu
Menyediakan segala yang terbaik untukmu
Biarpun hanya punya kudrat sekerat
Tak pernah terlihat letih dan keringat
Sekadar mendengar keluhan berat
Tentang betapa dirinya penat
Melayan suami anak dan umat
Walhal dirinya sudah tiada larat
Walau hanya untuk menyuap nasi ke mulut.
Kerana dia seorang ibu
Jangan ditanya kenapa begitu
Hari-harinya penuh selalu
Tetapi doanya sentiasa diseru
Meski ada suka dan duka
Dia tidak lupa tugasnya
Kadang datang pula saudara
Tidak lupa dia menjamu mereka
Ada ketika kita terlupa
Dia juga manusia biasa
Kalau ada salah silapnya
Maafkanlah dia seadanya
Siapa pun dikau apa pun engkau
Hatinya jangan cuba kau kacau
Kerana dia seorang ibu
Katanya sumpah doanya bertuju
Ya Allah, limpahkanlah rahmatmu
Pada insan bernama ibu..
Halimah Ismail mengetuk jam 0053, kg bukit nangka
No comments:
Post a Comment