Tuesday, November 26, 2019

Kalam Sepi ver. 1

Salam alaikum buat jiwa yang membaca nukilanku. Masihkah ada insan yang tidak tidur lagi. Yaa.. aku juga begitu. Entah lah akhir2 ni sukar benar untuk aku lelapkan mata. Barangkali kerana aku suka membaca sebelum tidur. Byk betul berita yang aneh2 ku baca di akhbar sekarang. Kisah sumbang mahram, penderaan org tua dan kanak2, kecurian ada pula tu kisah politik y semakin membuatkan aku muak utk mengikutinya.

Asalnya aku baca kerana ingin tahu isu semasa. Alih2 aku terbawa2 pula ke dalam ingatanku. Umumnya tahu bukan, aku manusia y senang betul terpengaruh dngan keadaan sekilingku. Jadi x boleh tidak aku jadi x keruan memikirkan semua ni.

Aku ada juga terbaca kisah di akhbar yang bagiku sgt terkesan. Tajuknya ttg punca2 perceraian di Malaysia yang semakin meningkat. Kalau sekali imbas pasti kalian akan geli hati. Masakan tidak puncanya kerana tersalah picit bahagian ubat gigi sahaja. Allahu. Entah la kalau sudah benci tu y kecil pun nampak buruk ya. Bagi ku pula aku masih belajar utk perbaiki diri walaupun ada kalanya aku sedar aku x mampu capai tahap y memuaskan.

Dan aku sentiasa berpegang bahawa hidup ini bukan utk aku sahaja. Aku kena fikir perasaan org lain juga. Ye lah, kenapa perlu aku siksa mental dan emosi org lain. Kalau sudah aku tidak mencapai tahap memuaskan hati org ya biarlah aku yang angkat kaki. Tak guna bukan kalau disimpan dalam hati. Tapi itu bkn bmakna aku kalah. Aku cuma tak mahu keadaan jadi parah. Berdosa tau kalau aku kecewakan org.

Aku tak mahu jadi penghalang mana2 org utk kejar impian. Aku akur dgn semua yang telah Allah takdirkan. Adat lah manusia bertemu dan berpisah. Semuanya Allah dah aturkan. Mngkin ada baiknya aku muhasabah diri dan perbaiki kelemahanku. Tp utk aku kembali ke haluan yang sama makin jauh kurasa. Dunia ku mngkin x sehaluan tapi tujuan kita masih sama .

Terima kasih kerana membaca coretanku. Apa y ku ketuk ini dtgnya dari luhur hatiku. Aku tidak mengharap keajaiban tu hadir. Tapi cukuplah kamu semua percaya yang aku masih mahu hidup utk gapai harapan ku yang kecil ini. Tidak pernah aku mnyalahkan sesiapa cukuplah kau semua faham aku sdg cuba melawan dengan sisi gelapku. Tak ada siapa minta hidup dlm kesepian dan kesedihan. Aku sentiasa yakin Allah akan berikan yang terbaik utk hambanya. Cepat atau lambat itu y kita tak tahu.

Maafkan aku kalau selama hari ni coretan aku menyinggung mana2 pihak. Aku belum kalah cuma aku lelah dgn dunia. Aku berharap y aku dpt sumbangkan sesuatu utk agama, bangsa dan negara sebelum ajalku tiba.

 Janji Tuhan itu pasti,
Janji manusia tinggal janji;
Daku hidup bersama mimpi,
Mimpikan kamu seribu tahun lagi.

Tinggal sayang tinggal kenangan,
Tapi kenapa tak pergi-pergi,
Rupanya hatiku sudah terikat,
Pada kata-kata sayangmu pada ku

Burung berzikir di sangkar Raudhah, Menyambut azan di langit senja,
Walau apa pun jua derita,
Ikhlaskan diri hanya kerana Allah.


Halimah Ismail mengetuk jam 0045, Lipat Kajang, Jasin