Saturday, July 13, 2013

Misi dan Visi

Salam alaikum w.b.t buat sekalian alam di subuh hening ini..

Di pagi ini, aku teringatkan akan suatu kejadian yang baru saja berlaku isnin yang lalu..
ianya mngkin kejadian y x disengajakan atau mungkin sememangnya telah Allah tetapkan.. tapi ia bukanlah sesuatu yang menggerunkan sehingga melibatkan mana2 nyawa, hatta seekor semut pon tidak terlibat semasa kejadian ini berlaku..

Hari isnin kelmarin, aku mendapati suaraku serak dan tekakku perit, hidung ku pula tak berhenti2 bersin sehingga aku mendapat selsema yang teruk. Oleh itu, pada malamnya, aku berhasrat untuk ke klinik 1Malaysia sahaja untuk memeriksa suhu bagi memastikan aku tidak demam dan untuk mendapatkan ubat untuk sakit tekak. Kebetulan adikku yang bongsu berada di rumah, jadi aku mengajaknya untuk menemani ku sekali untuk pergi. Budak ni kalo ajak jalan mmg no 1. Cuba ajak study, konpem layu

Ok, disebabkan dekat jaraknya, selepas isya' baru aku pergi. Dalam kereta, lukman a.k.a aman a.k.a dak bam2 asik bertanya, sama ada aku boleh mebawanya ke kedai runcit Pak Cik Kader. Tapi aku malas nak layan, maklumla, aku lebih fokus dgn keadaan aku.

Sampai je di kilinik,  aku daftar diri dan duduk di ruang menunggu. Adikku plak asik membaca semua perkataan yang dia baca dalam klinik tu. Jadi, kubiarkan je dengan harapan dia boleh asah lagi bacaan dia (kononnya, padahal aku tgah tunggu turn. Takut x dengar je)

Lpas 10 minit aku berurusan dengan pegawai disitu, aku disahkan tiada demam, tongsil bengkak dan selsema. Jadi aku pun bergerak untuk beredar. Masa tula perkara y aku x sangka berlaku.

Aman: Angah, apa tu misi? Visi tu apa?
Aku diam jap. Oh, aku bdak polisi kan? x kan tu x leh jawab. Tapi dia budak. So, aku ken explain gak. Jadi aku ajak dia masuk ke kereta supaya dia dapat dengar penerangan ku

Aku: Kita masuk keta dulu k. Nanti aku explain.
Aman: Aik?
Aku: Ala, jom la...

Kami pon masuk. Sambil tu, dgn tiba2 aku teringat mnggu lepas aku terbaca artikel berkaitan tesis ku, kemudian mmg ada touch sikit part visi.

Aku: Ok, Aman, kalo ko nak tau, visi tu ibarat dia macam apa yang kau nak capai. kira target la camtu

Dia diam. Aku sambung lagi

Aku: Misi tu plak ibarat hala tuju untuk kau nak capai target tu. Ko faham x??
Sambil tu aku dah start enjin kereta
Aman: Ooo, kira mcm visi tu contoh dia aku nak pergi sarawak la..
Aku: Ha??? Ok... *Aku biar dia sambung untuk fahamkan
Aman: Misi tu plak, aku gi sarawak nak tangkap orang jahat.

OK, aku tergelak jap. Apa Sarawak peginye man ooi? Tapi aku dah nampak tanda dia faham, sarawak adalah target utama untuk dia dtg, dan dia akan ke sana untuk tangkap org jahat. kalo xde, dia x kan ke sarawak.

Aku: Bagus la ko ni! Terang hati punya budak
Aman: *Sengih "visi.. misi.. lalalla"
siap nyanyi tu!

aku terus pandu kereta ke kedai Pak Cik Kader dan dia dapat sekeping cadbury. yang sebenarnya baru aku teringat, kat pejabat kerajaan kan derg mmg gantung piagam pelanggan, sah2 la ada misi. visi tu. Haha!!

tapi apa yang lebih baik, aku tersedar y visi dan misi ni x semudah cakap. kena betul2 letakkan 100% usaha baru nampak pencapainnya. namun apa y lebih jelas kita merancang, Allah tentukan. Tapi mestilah disusuli dengan;
            Doa
             Usaha
              Ikhtiar
              Tawakkal

Semoga Allah mudahkan urusan kita untuk mencapai apa yang kita sedang usahakan. Amin


halimah ismail mengetuk jam 5.54 pagi, rumahku syurgaku


Monday, April 22, 2013

Fokus! Fokus! Fokus!

Salam alaikum kepada semua,

Alhamdulillah dan syukur kuucapkan kepada Allah S.W.T kerana diizinkan untuk menjalani kehidupan harian dalam keadaan sihat dan sejahtera. Malah syukur sekali lagi kupanjatkan kepadamu Allah kerana diberi peluang menggunakan sebaik2 ciptaan mu, iaitu akal untuk melakukan perkara yang bermanfaat dan bertindak dalam keadaan waras. wah, kenapa ketukkanku kali ini berkisarkan akal dan kewarasan???

sebenarnya, akhir2 ini banyak cerita2 di akhbar memaparkan kisah org bunuh diri, dibunuh org dan ade juga kisah ttg kesmpitan hidup manusia. jadi, aku berfikir sejenak, apakah y merasuki pemikiran manusia begini?? adakah disebabkan mereka mengalami gangguan perasaan melampau, atau mngkin tekanan hidup y bertimbun atau mngkin mereka sebenarnya memang telah ditakdirkan untuk memiliki jalan kehidupan begini.. namun sebagai hamba Allah, apalah y boleh aku ulas berlebih2an kerana aku tidak mengetahui kerja Allah ini. cuma kita jadikan ini sbg suatu pengajaran y mbina agar kita selalu insaf dan sedar akan kuasa Allah lebih hebat dari diri kita y kerdil ini

bercakap mengenai penggunaan akal dan kewarasan ini, aku mmpunyai suatu masalah y boleh dikatakan agak serius iaitu aku ni seorg pelupa!!! percaya x??? ye, ini mmg berlaku dlm diriku, dan kdg2 sgt2 mnggusarkan aku.. aku di rumah adalah seorg multitasker, bukanlah hebat mana pun, aku ada rutin y sibuk setiap hari bmula jam 7 hngga 11 malam.. jd kadang tu aku akan lupa bnda y simple tp sbnrnya pnting.. contohnya, aku ditugaskan setiap hari hantar adik2ku ke sekolah, mnagajr dierg, mnjmput dierg dari tuisyen dan menyemak kerja rumah dierg.. dan tahu x aku slalu tlupa y sebnarnya aku pon kena blaja jugak!! jadi bila aku dah sibuk pasal dierg, aku boleh tlupa plak pasal diri sendiri

satu lagi bnda y aku slalu buat aku boleh lupa ialah aku ni x boleh kalau dipotong cakap sbb aku akan tlupa apa y aku nak ckp. dan byk lagilah, bnda y buat aku lupa. nak kata aku mkn semut, so far aku cubalah elakkan dr jumpa, tp makan cekedis ni mmg tabiat.. mngkin ni satu faktor. tp aku prasan, bnda y buat aku lupa ni sbnrnya puncanya aku x fokus dgn satu2 perkara

bnyk contoh y aku boleh nmpk, mcm kalo aku asik uruskan adik2 aku, aku buat smua bnda secara terus menerus, x fikir pon nak uruskan y mana satu dulu. kalo aku uruskn adik aku punya baju skolah, kjap lg aku trfikir y buku sekolah die x susun ikut jadual lgi. lpas tu aku akan teringt y adik aku lg sorg tu x jmput lagi dr tuisyen, pastu aku kena tolong keluarkan pakaian skolah die.. jadi, bila aku dah terkejar tu ini, tu ini, akhirnya apa y jadi, aku tlupa nak kluarkan baju adik aku dr spinner sbb aku dah pnat sgt. kdg2 aku rase rugi, tp mmg x leh nak tolong dah, sbb aku kepenatan.

jd, aku pon tpaksa buat satu solution, iaitu aku akan tulis apa je y tlintas kat kepala aku atas kertas dgn tulisan besar supaya aku x lupa. atas kalender, dlm buku catatan, kdg2 kat kertas y adik aku dah conteng pon aku tulis jgak. sbb aku takut nnt aku x ingt dah. inilah akibat bila kita x boleh nak fokus pada kerja. tp aku bkn nk terus menerus dgn sikap ini. aku akan usahakan juga untuk cari satu penyelesaian. aku nak usha reminder y canggih kat dlm intenet utk install kat pc. so far, aku lom jmpa lagi. aku cuma bgntung pada yahoo calender y byk juga kegunaan die. nnt lain masa aku tnjuk cara guna yahoo calender! best gak gajet ni, tp still x dpt tolong settlekan aku y pelupa ni..

itu jelah aku nk share mlm ni, akhir kata, mudah2an kita sama2 bantu diri kita untuk jadi terbaik.. walaupun kita ni nama manusia asal dr perkataan nasiya yakni "lupa" tp bkn selama2nye nak jd pelupa je kan.. wassalam


halimah ismail mengetuk jam 10.11 p.m, rumahku syurgaku

Tuesday, March 12, 2013

-S.A.B.A.R-

salam alaikum...

selamat pagi ku ucapkan pada semua insan2 y sudah bangun pada pagi ini dan y baru ingin mencelikkan mata.. pagi y sunyi, hening dan dipenuhi pelbagai kegiatan2 yang berlaku disekelilingku..
pelajar ke sekolah
penggerai berjual niaga
pekerja ke pejabat
dan aku, setia dengan rutin harianku.. menguruskan adik2 ke sekolah dn membantu sedaya mampuku di rumah..

mungkin, tidak banyak yang mampu ko lakarkan atas laman ni serba serbi detik kehidupanku, namun apa y mampu ku katakan, aku selesa untuk mendepani kehidupan harianku..

biarpun begitu, aku masih tetap dengan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar meskipun hanyalah seorang pasca siswazah, namun aku sedia menerima hitam putih hidupku..

semuanya bermula dengan erti sabar.. kenapa sabar menjadi pilihanku??

ye, aku x mampu melangkah luar garisan
tidak pula mampu mendaki puncak harapan
apa lagi menggapai awan

jadi, aku terpaksa melalui semua ini dengan sabar..
namun, andainya aku tersungkur dek nipisnya helaian sabarku itu
maafkan daku
maafkan daku
dan maafkan daku

tidak pernah ku menduga apa y terjadi dalam hidupku
ku berdoa agar aku tenang dan sabar melalui cubaan ini
tidak akan mudah untukku menyerah kalah
ataupun berundur diri

aku mohon pada-mu ya Allah,
maafkan diriku yang jahil ini
bantulah daku untuk menambah sabar dalam diriku ini

salam manis sepenuh iman bersulamkan sabar
dariku....

halimah ismail mengetuk, jam 9.38 pagi,rumahku syurgaku

Saturday, February 23, 2013

liku2 perjalanan pendidikanku..

salam alaikum... selamat pagi!

syukur alhamdulillah, sebab sekali lagi diberikan satu lagi ruang kehidupan untuk aku lalui.. dan agak pelik sebab pagi ini aku diberi kesempatan untuk mengetuk di pagi subuh yang sejuk ini... lalu aku pun terfikir untuk menyambung kisah pengajianku...

ok, secara rasminya aku bergelar graduan ijazah sarjana muda (kep.) sains pentadbiran pada disember tahun lalu... jadi aku dengan itu telah terbebas secara zahirnya dari ruang lingkup kehidupan kampus yang penuh berwarna-warni sepanjang menuntut di ipt selama 5 tahun 1/2 bermula dari diploma.. namun, dijadikan cerita.. sebelum aku tamatkan peperiksaan akhirku, aku menerima jemputan untuk menghadiri temuduga bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana a.k.a masters.. hati aku agak berbelah bahagai disitu.. dengan keadaanku y ketika itu hendak membentangkan viva projek 'research'ku atau pergi temuduga.. jadi, aku buat keputusan nekad untuk selesaikan vivaku.. maka tinggallah saja angan2ku itu..

walaupun aku tidak menghadiri temuduga itu, tapi hatiku sentiasa memikirkan dan menyebut2 tentang perkara ini.. aku memang minat belajar, suka dekat dgn ilmu dan buku.. tapi ada terlalu banyak risiko dan perkara yang aku harus hadapi.. dan y memang sgt2 membebankan aku sekarang ini ialah, mengenai pinjaman ptptn yang satu sen pun belum aku lunaskan.. arghhh!! masa tu Allah Taala je yang tahu apa y aku fikir dan rasa..

tapi selepas hampir 2 bulan aku tamat pengajian, aku masih tidak dapat memiliki sebarang kerja tetap, jadi ibuku memutuskan supaya aku memohon semula sarjana kerana memikirkan umurku yang masih muda dan juga dengan harapan akan ada ruang kerja yang masih terbuka untukku selepas ini.. jadi akupun membeli no. pin dan mula mengisi borang kemasukkan ke uitm untuk pasca siswazah.. (tentang kisah dunia pekerjaanku, aku akan coretkan dilain masa)

selepas itu, aku menunggu keputusan mengenai tawaranku untuk menyambung semula pengajian sarjana.. dan pada november 2012 aku dijemput menghadiri temuduga, diikuti pada januari 2013, aku mendapat jemputan untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar sarjana uitm.. akhir sekali pada 3 februari 2013 aku secara sahnya didaftarkan sebagai pelajar Sarjana Sains Pentadbiran.. Alhamdulillah..

aku bersyukur kerana Allah mebukakan sedikit demi sedikit jalan untukku, walaupun kadang2 aku rasa terumbang-ambing dek kerana tidak tahu keputusan apa yang bakal kupilih, sedikit sebanyak doa y ku pohon untuk meminta petunjuk dimakbulkan.. Alhamdulillah wa syukurillah.. mudah2an inilah jalan terbaik y akan kupilih sebelum aku menempuh gelombang liku hidupku yang seterusnya..

disini kusertakan beberapa keping gambar y sempat ku kutip semasa sesi pendaftaran..

sedikit buah tangan dari pihak uitm

kaunter akhir pendaftaran
halimah ismail mengetuk jam 7.20 pagi, rumahku syurgaku

Friday, February 22, 2013

belum kita lupakan

salam alaikum...

alhamdulillah, syukur.. sebab dapat jugak sambung niat nak hias lamanku ini.. tapi, xlah hebat mana pon.. jadi dapatlah letak 2,3 barang dalam laman ni.. cuma, aku kalau pilih untuk letak lagu dalam laman.. aku selalu pilih lagu "belum kita lupakan-nowseeheart".. jadi, semalam kuhabiskan satu hari carik lagu ni sebelum aku letak dalam laman.. aku memang suka senikatanya, kerana ia amat bermakna buat ku..

c/o
segala yang berlaku
bukanlah niatku
maafkanlah diriku
kesalahan lalu..

jadi, nampak tak kenapa lagu ni banyak kesannya pada aku?? ye, aku memang ada banyak buat salah.. mngkin x lah sampai masuk tahap membunuh.. (tapi bunuh nyamuk tu ade la, dah die amik darah aku x mintak izin!.. hee) tapi kalau diikutkan, cakap kasar, suka marah-marah, suka membebel especially dgn family terdekat aku, itu memang aku tak nafikan.. ia memang salah.. kalau ikutkan nama aku, halimah.. maksudnya yang lemah lembut.. tapi aku bukan lah nak marah atau cakap kuat2 pada sesapa yang ada disisiku dengan sengaja.. aku akui, aku pun manusia biasa.. kalau marah dah tak boleh nak buat apa.. semua aku sembur.. kalaulah kawan2 aku yang dekat, dierg tau perangai aku camni, kalau yang baru atau jarang rapat dengan aku.. dierg x perasan sangat perangai aku ni.. bukan aku nak sorokkan, cuma aku ambil langkah berhati2 supaya orang x benci dgn kita kemudian hari..

ok, balik pada topik asal.. aku memang mengaku yang apa jua jenis kesalahan kita.. kita akan dan takkan mudah untuk lupakan... dan lagi apabila kita dimarahi atau mengalami suatu perkara yang tidak elok pun, kita susah nak lupakan.. sebab?? kita ni manusia biasa.. apa pun juga perkara yang berlaku, semua datang dari Allah.. bagi aku, kalau kita sukar lupakan ada baiknya, sebab itu boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman hidup.. tapi, kalau kita lupakan lagi bagus, sebab kita perlu sentiasa positif dan tidak menoleh ke belakang..

walau macam manapun, bergantunglah pada diri sendiri, yang baik jadikan tauladan.. yang buruk kita lupakan.. wah, peribahasa baru!!! herm.. perasan tak sejak dua menjak ni cuaca tak menentu?? akibatnya, adikku yang bongsu demam tiba-tiba sejak semalam..  jadi aku pun tolonglah jaga dia, lepas bagi ubat, terus lelap.. adui, x dapatlah tunaikan janji die haritu, untuk joging kat stadium hari ni.. xpelah ada rezeki, kita pergi lain kali.. ok, budak tembam?

p/s: inshaa Allah lain kali aku akan cuba ketukkan di lamanku tentang kisah pengajianku yang terbaru..

halimah ismail mengetuk jam 5.14 petang, rumahku syurgaku

Thursday, February 21, 2013

mula semula...

salam alaikum..

aduish, setelah sekian lama ku tinggalkan laman burukku.. aku kembali mnjenguk2.. aku terfikir sama ada aku masih ingin mengetuk sesuatu di lamannya.. atau ku hapuskan saja laman ini??? hermm, agak lama kufikir2.. ada baiknya aku cuba kemaskan apa2 y patut buat lamanku y sudah hampir 1 tahun ku tnggalkan..

nmpaknye nilai istiqamah ku ini, memang macam rollercoaster la... kejap naik, kejap turun.. tapi ada kmungkinan juga, ia disebabkn aku sndri mmpunyai kelapangan y kuhabiskan dgn perkara lain.. campur tolak darab bahagi sekalilah dgn bnda y berfaedah dan yang x berfaedah... ehehehe...

kalau ikut asalnya, perjalanan hidup y ingin kucoret adalah lebih kpada pngalaman sbg pelajar, tp mmndgkan tugas sbg pelajarku sudah sampai ke tahap sarjana.. jd hidupku sudah lebih berkisar pada, keluarga, diri dan sekeliling.. tidak lagi di alam kampus semata... rasa sedih pon ada, terkilan pon ada.. yelah, sebab x sempat nak coret bnyk2 pada laman ini.. walaubagaimanapun itu bukan satu perkara pntng untuk aku sesalkan..

diharapkan, ketukan ku pada keyboard akan menjadi lebih banyak dan lamanku akan lebih segar semula.. kita mula semula, ok?? alamak dah pukul 5.30 lebih la!! aku skrg da ada tugas baru, sebagai penjemput dan penghantar budak-budak.. sape lagi? adik2 aku la.. ok, nanti lain masa aku sambung coretan y ada...

halimah ismail mengetuk jam 5.41 petang, rumahku syurgaku