Saturday, July 13, 2013

Misi dan Visi

Salam alaikum w.b.t buat sekalian alam di subuh hening ini..

Di pagi ini, aku teringatkan akan suatu kejadian yang baru saja berlaku isnin yang lalu..
ianya mngkin kejadian y x disengajakan atau mungkin sememangnya telah Allah tetapkan.. tapi ia bukanlah sesuatu yang menggerunkan sehingga melibatkan mana2 nyawa, hatta seekor semut pon tidak terlibat semasa kejadian ini berlaku..

Hari isnin kelmarin, aku mendapati suaraku serak dan tekakku perit, hidung ku pula tak berhenti2 bersin sehingga aku mendapat selsema yang teruk. Oleh itu, pada malamnya, aku berhasrat untuk ke klinik 1Malaysia sahaja untuk memeriksa suhu bagi memastikan aku tidak demam dan untuk mendapatkan ubat untuk sakit tekak. Kebetulan adikku yang bongsu berada di rumah, jadi aku mengajaknya untuk menemani ku sekali untuk pergi. Budak ni kalo ajak jalan mmg no 1. Cuba ajak study, konpem layu

Ok, disebabkan dekat jaraknya, selepas isya' baru aku pergi. Dalam kereta, lukman a.k.a aman a.k.a dak bam2 asik bertanya, sama ada aku boleh mebawanya ke kedai runcit Pak Cik Kader. Tapi aku malas nak layan, maklumla, aku lebih fokus dgn keadaan aku.

Sampai je di kilinik,  aku daftar diri dan duduk di ruang menunggu. Adikku plak asik membaca semua perkataan yang dia baca dalam klinik tu. Jadi, kubiarkan je dengan harapan dia boleh asah lagi bacaan dia (kononnya, padahal aku tgah tunggu turn. Takut x dengar je)

Lpas 10 minit aku berurusan dengan pegawai disitu, aku disahkan tiada demam, tongsil bengkak dan selsema. Jadi aku pun bergerak untuk beredar. Masa tula perkara y aku x sangka berlaku.

Aman: Angah, apa tu misi? Visi tu apa?
Aku diam jap. Oh, aku bdak polisi kan? x kan tu x leh jawab. Tapi dia budak. So, aku ken explain gak. Jadi aku ajak dia masuk ke kereta supaya dia dapat dengar penerangan ku

Aku: Kita masuk keta dulu k. Nanti aku explain.
Aman: Aik?
Aku: Ala, jom la...

Kami pon masuk. Sambil tu, dgn tiba2 aku teringat mnggu lepas aku terbaca artikel berkaitan tesis ku, kemudian mmg ada touch sikit part visi.

Aku: Ok, Aman, kalo ko nak tau, visi tu ibarat dia macam apa yang kau nak capai. kira target la camtu

Dia diam. Aku sambung lagi

Aku: Misi tu plak ibarat hala tuju untuk kau nak capai target tu. Ko faham x??
Sambil tu aku dah start enjin kereta
Aman: Ooo, kira mcm visi tu contoh dia aku nak pergi sarawak la..
Aku: Ha??? Ok... *Aku biar dia sambung untuk fahamkan
Aman: Misi tu plak, aku gi sarawak nak tangkap orang jahat.

OK, aku tergelak jap. Apa Sarawak peginye man ooi? Tapi aku dah nampak tanda dia faham, sarawak adalah target utama untuk dia dtg, dan dia akan ke sana untuk tangkap org jahat. kalo xde, dia x kan ke sarawak.

Aku: Bagus la ko ni! Terang hati punya budak
Aman: *Sengih "visi.. misi.. lalalla"
siap nyanyi tu!

aku terus pandu kereta ke kedai Pak Cik Kader dan dia dapat sekeping cadbury. yang sebenarnya baru aku teringat, kat pejabat kerajaan kan derg mmg gantung piagam pelanggan, sah2 la ada misi. visi tu. Haha!!

tapi apa yang lebih baik, aku tersedar y visi dan misi ni x semudah cakap. kena betul2 letakkan 100% usaha baru nampak pencapainnya. namun apa y lebih jelas kita merancang, Allah tentukan. Tapi mestilah disusuli dengan;
            Doa
             Usaha
              Ikhtiar
              Tawakkal

Semoga Allah mudahkan urusan kita untuk mencapai apa yang kita sedang usahakan. Amin


halimah ismail mengetuk jam 5.54 pagi, rumahku syurgaku


No comments: