syukur alhamdulillah, sebab sekali lagi diberikan satu lagi ruang kehidupan untuk aku lalui.. dan agak pelik sebab pagi ini aku diberi kesempatan untuk mengetuk di pagi subuh yang sejuk ini... lalu aku pun terfikir untuk menyambung kisah pengajianku...
ok, secara rasminya aku bergelar graduan ijazah sarjana muda (kep.) sains pentadbiran pada disember tahun lalu... jadi aku dengan itu telah terbebas secara zahirnya dari ruang lingkup kehidupan kampus yang penuh berwarna-warni sepanjang menuntut di ipt selama 5 tahun 1/2 bermula dari diploma.. namun, dijadikan cerita.. sebelum aku tamatkan peperiksaan akhirku, aku menerima jemputan untuk menghadiri temuduga bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana a.k.a masters.. hati aku agak berbelah bahagai disitu.. dengan keadaanku y ketika itu hendak membentangkan viva projek 'research'ku atau pergi temuduga.. jadi, aku buat keputusan nekad untuk selesaikan vivaku.. maka tinggallah saja angan2ku itu..
walaupun aku tidak menghadiri temuduga itu, tapi hatiku sentiasa memikirkan dan menyebut2 tentang perkara ini.. aku memang minat belajar, suka dekat dgn ilmu dan buku.. tapi ada terlalu banyak risiko dan perkara yang aku harus hadapi.. dan y memang sgt2 membebankan aku sekarang ini ialah, mengenai pinjaman ptptn yang satu sen pun belum aku lunaskan.. arghhh!! masa tu Allah Taala je yang tahu apa y aku fikir dan rasa..
tapi selepas hampir 2 bulan aku tamat pengajian, aku masih tidak dapat memiliki sebarang kerja tetap, jadi ibuku memutuskan supaya aku memohon semula sarjana kerana memikirkan umurku yang masih muda dan juga dengan harapan akan ada ruang kerja yang masih terbuka untukku selepas ini.. jadi akupun membeli no. pin dan mula mengisi borang kemasukkan ke uitm untuk pasca siswazah.. (tentang kisah dunia pekerjaanku, aku akan coretkan dilain masa)
selepas itu, aku menunggu keputusan mengenai tawaranku untuk menyambung semula pengajian sarjana.. dan pada november 2012 aku dijemput menghadiri temuduga, diikuti pada januari 2013, aku mendapat jemputan untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar sarjana uitm.. akhir sekali pada 3 februari 2013 aku secara sahnya didaftarkan sebagai pelajar Sarjana Sains Pentadbiran.. Alhamdulillah..
aku bersyukur kerana Allah mebukakan sedikit demi sedikit jalan untukku, walaupun kadang2 aku rasa terumbang-ambing dek kerana tidak tahu keputusan apa yang bakal kupilih, sedikit sebanyak doa y ku pohon untuk meminta petunjuk dimakbulkan.. Alhamdulillah wa syukurillah.. mudah2an inilah jalan terbaik y akan kupilih sebelum aku menempuh gelombang liku hidupku yang seterusnya..
disini kusertakan beberapa keping gambar y sempat ku kutip semasa sesi pendaftaran..
sedikit buah tangan dari pihak uitm |
kaunter akhir pendaftaran |
2 comments:
hi..nk tnya..awk skrg amek executive master of administrative science kn? lepas apply...ada intrview kn? ape soalan yg dorng tnye ea?
assalam alaikum..
maaf ye x prasan...
derg x tanya byk pon... just nak tau interest research kita n sedikit pnglaman buat research.. biasanye amik mase degree punya
Post a Comment