Friday, February 22, 2013

belum kita lupakan

salam alaikum...

alhamdulillah, syukur.. sebab dapat jugak sambung niat nak hias lamanku ini.. tapi, xlah hebat mana pon.. jadi dapatlah letak 2,3 barang dalam laman ni.. cuma, aku kalau pilih untuk letak lagu dalam laman.. aku selalu pilih lagu "belum kita lupakan-nowseeheart".. jadi, semalam kuhabiskan satu hari carik lagu ni sebelum aku letak dalam laman.. aku memang suka senikatanya, kerana ia amat bermakna buat ku..

c/o
segala yang berlaku
bukanlah niatku
maafkanlah diriku
kesalahan lalu..

jadi, nampak tak kenapa lagu ni banyak kesannya pada aku?? ye, aku memang ada banyak buat salah.. mngkin x lah sampai masuk tahap membunuh.. (tapi bunuh nyamuk tu ade la, dah die amik darah aku x mintak izin!.. hee) tapi kalau diikutkan, cakap kasar, suka marah-marah, suka membebel especially dgn family terdekat aku, itu memang aku tak nafikan.. ia memang salah.. kalau ikutkan nama aku, halimah.. maksudnya yang lemah lembut.. tapi aku bukan lah nak marah atau cakap kuat2 pada sesapa yang ada disisiku dengan sengaja.. aku akui, aku pun manusia biasa.. kalau marah dah tak boleh nak buat apa.. semua aku sembur.. kalaulah kawan2 aku yang dekat, dierg tau perangai aku camni, kalau yang baru atau jarang rapat dengan aku.. dierg x perasan sangat perangai aku ni.. bukan aku nak sorokkan, cuma aku ambil langkah berhati2 supaya orang x benci dgn kita kemudian hari..

ok, balik pada topik asal.. aku memang mengaku yang apa jua jenis kesalahan kita.. kita akan dan takkan mudah untuk lupakan... dan lagi apabila kita dimarahi atau mengalami suatu perkara yang tidak elok pun, kita susah nak lupakan.. sebab?? kita ni manusia biasa.. apa pun juga perkara yang berlaku, semua datang dari Allah.. bagi aku, kalau kita sukar lupakan ada baiknya, sebab itu boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman hidup.. tapi, kalau kita lupakan lagi bagus, sebab kita perlu sentiasa positif dan tidak menoleh ke belakang..

walau macam manapun, bergantunglah pada diri sendiri, yang baik jadikan tauladan.. yang buruk kita lupakan.. wah, peribahasa baru!!! herm.. perasan tak sejak dua menjak ni cuaca tak menentu?? akibatnya, adikku yang bongsu demam tiba-tiba sejak semalam..  jadi aku pun tolonglah jaga dia, lepas bagi ubat, terus lelap.. adui, x dapatlah tunaikan janji die haritu, untuk joging kat stadium hari ni.. xpelah ada rezeki, kita pergi lain kali.. ok, budak tembam?

p/s: inshaa Allah lain kali aku akan cuba ketukkan di lamanku tentang kisah pengajianku yang terbaru..

halimah ismail mengetuk jam 5.14 petang, rumahku syurgaku

No comments: