salam alaikum...
selamat pagi ku ucapkan pada semua insan2 y sudah bangun pada pagi ini dan y baru ingin mencelikkan mata.. pagi y sunyi, hening dan dipenuhi pelbagai kegiatan2 yang berlaku disekelilingku..
pelajar ke sekolah
penggerai berjual niaga
pekerja ke pejabat
dan aku, setia dengan rutin harianku.. menguruskan adik2 ke sekolah dn membantu sedaya mampuku di rumah..
mungkin, tidak banyak yang mampu ko lakarkan atas laman ni serba serbi detik kehidupanku, namun apa y mampu ku katakan, aku selesa untuk mendepani kehidupan harianku..
biarpun begitu, aku masih tetap dengan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar meskipun hanyalah seorang pasca siswazah, namun aku sedia menerima hitam putih hidupku..
semuanya bermula dengan erti sabar.. kenapa sabar menjadi pilihanku??
ye, aku x mampu melangkah luar garisan
tidak pula mampu mendaki puncak harapan
apa lagi menggapai awan
jadi, aku terpaksa melalui semua ini dengan sabar..
namun, andainya aku tersungkur dek nipisnya helaian sabarku itu
maafkan daku
maafkan daku
dan maafkan daku
tidak pernah ku menduga apa y terjadi dalam hidupku
ku berdoa agar aku tenang dan sabar melalui cubaan ini
tidak akan mudah untukku menyerah kalah
ataupun berundur diri
aku mohon pada-mu ya Allah,
maafkan diriku yang jahil ini
bantulah daku untuk menambah sabar dalam diriku ini
salam manis sepenuh iman bersulamkan sabar
dariku....
halimah ismail mengetuk, jam 9.38 pagi,rumahku syurgaku
No comments:
Post a Comment