hmmm.... semua org memg tak leh lari dgn perkataan tido... tul x? binatang pn reti tido walaupun kita tngok mata dia tbukak.... oklah... kat sini ada cket info pasal tido y baik... aku amik contoh rasulullah sebab dia lah uswah hasanah y paling baik... kan2
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan
tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
"Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X."
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt
akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud
adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua
hutang piutang sebelum tidur."Bangun tidur boleh buka fail semula kalau
mahu." kih..kih...
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan :
*Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.
*Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
oklah itu saja y nak dikongsi semoga menjadi ingatan semua dan aku!!! dengar tu Halimah...
p/s (idea ni dtg lepas tidur qoilullah tadi haha....)
halimah mengetuk jam 1.34petang uitm
No comments:
Post a Comment