Salam alaikum semua.. Setelah berapa bulan melibatkan diri dengan kehidupan yang serba serbi sibuk. Maka aku mencuri masa ku yang x seberapa ini mngetuk sebentar. Apa y ingin ku ceritakan hari ni?? Heee.. tidak banyak. Sekadar berkongsi sedikit kisah suka duka ku di bndar metropolitan ini. Di entri lalu korg perasan x y aku mengetuk dari bndar Shah Alam kan?? Iya sebenarnya tanpa sedar sudah 5 tahun aku berada di kota ini menghabiskn sisa kehidupan di sini. Di sini aku belajar erti jerih payah hidup, sabar menghadapi kerenah manusia dan sentiasa berpaut pada Allah.
Sepertinya aku sahaja kah yang mengalami kesukaran ini? Sedangkan beribu2 manusia dtg mencuba nasib di bandar. Bknlah aku katakan kisahku lain dr y lain. Cumanya aku sekadar berkongsi suka duka perasaan yan kualami sepanjang aku berhijrah ke bandar.
Siapa je la y mahu berlama-lama disini. Aku juga menghitung hari mahu tggalkan kotaraya ni. Tp jujur ku katakan disini tempat sekecil-kecil perkara pun boleh buat duit. Dan aku sgt tak boleh hadam dgn manusia y ralit sampai ke pagi buta. Tidur tu ibarat pejam mata sekejap sebelum bgun esoknya utk mencari rezeki. Satu lagi y aku sering tertanya2. Dimana adab manusia disini. Memang disini penuh dengan aktiviti keagamaan tapi hanya sekadar ilmu yang melimpah. Orgnya ttap dgan prinsip hidup "kau-kau" "aku-aku"
Tak mengapalah. Aku kalah dengan dunia kota ni. Maka berangkat la aku pulang dengan hati walang. Aku seakan serik untuk berada disini. Sudah cukup aku berendam air mata memikir nasib menjadi anak rantau. Moga y masih disini kudoakan agar kalian bahagia dan tenang menjalani hidup.
Cabaran tak pernah hilang. Tapi kita yang nak mengharungi ni belum tentu kuat untuk tempuh. Satu kali jatuh 3 kali kau cuba utk bangkit dan itulah y dapat kugambarkan betapa nekad aku berada disini. Lain org lain cara. Aku percaya tiada siapa yang mahu diri mereka menjadi mangsa kegelapan dunia.
Salam sayang dari insan yang tak punya apa2 di dunia ini
Halimah Ismail mengetuk jam 0012